Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Friday, March 22, 2013

Kek Pelangi

Resepi Kek Pelangi
oleh: Zaitong bt Zaitong Syed Ahmed

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
220 gm tepung naik sendiri
5 sudu besar air susu-boleh guna susu segar ataupun susu tepung!
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan biru

Cara-cara
1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
5. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.
6. Ambil 1 adunan kuning merah, hijau, dan biru. Lapiskan seperti dalam gambar,
7. Bakar 180c selama 1 jam. siap, sapukan krim.

Lasagna Oh Lasagna!

Resepi lasagna mudah.
Oleh:Khalida Kharudin


Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :

3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
8) Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili.

Meatball Ala IKEA

Resepi Meatball Ala IKEA 
Oleh: Al Ummu Al Payid

Meatball
250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. 

2. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
3. Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Gravy
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .

Sayur

Baby Carrot
Brokoli


Cara-caranya:
1. Dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..

Monday, December 17, 2012

PhD scholarship?

Hari ni rasa mood nak sambung belajar melonjak!
Cube search biasiswa yang ada ditawarkan.

JUmpe banyak. tapi bagi orang awam macam aku ni yg no 2 je la layak.huhu dalam negara je.
No 1 untuk penysarah ka IPTA je..Bertuah la mereka.Boleh bawa family ke oversea.
Hmm ape pun keep positive!

MARA and JPA ada kot biasiswa cam ni.

1. SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
             http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/117.html
2. MyPHD
             http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/116.html

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah elyn mungkin siapa yang tahu.

CIM CUN di rumah.

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lampau, saya dan suami terfikir nak makan steam boat buffet kat restoran.
Tapi kitorang recalculate budget in a moment. hehe not suitable for this time. Unluckily!

But, I was proposed the idea to my husband to grilled and steam at our house!
Actually we have plan this lastime, but this time its really happen~

Around 4 pm we went to Giant Hypermarket. I drove! hihihi without licence and IC. who cares? haha
Then pick up some seafood and mushrooms + other goods. We have spend around RM20.00 for the cim cun party and the rest almost RM30.00. Reach home almost 7.30 pm already.

I start to prepare tomyam soup about 8 pm and my husband marinate his meet.
Pre boiled the seafood and mee sedap. Get all the rice cooker (to steam boat) and multi cooker (to grilled).
A jug of Ribena sunckuic (favorite drinks for now).

Tadaa~


9 pm up to 10.30 pm enjoy this party together with my little baby! hehe
Totally FULL. Not even finish all of it. hehe but we were so excited to have it again next time.
Really have fun. cheap and yummy, of course !!


Tuesday, December 11, 2012

Cover Story for the whole 2012!

Assalamualaikum,

Hebatnya! Bertemu kembali selepas setahun yang lalu. Tanpa disedari masa pantas berlalu. My last post on 7 Disember 2011. Then baru ader masa nak post new entry at the end of this year. haha

Hopefully still not too late to update. "hahahaha"
Weird right!
This year is really a meaningful year as to myself, I have been someone!
Alhamdullillah, Allah SWT memperkenankan doa hambanya yang comel ini.
Praised to Allah again.

Lets flash back to the past precious moment that I have missed to share here!


1 January 2012: New year celebration party (BBQ) with family at Jerangau Barat, Terengganu.
11 January 2012: Shopping hantaran kawin and gelang kawin @ KLCC with my iqmal.
13 January 2012: Vacation to Kuching, Sarawak with my parents as well as visit my super sister, Epa.
23 January 2012: Family iqmal berkunjung ke rumah untuk tetapkan tarikh perkahwinan kami! omg kawen!

3 February 2012: My BFF wedding! Lin dan Hanis, my iqmal and I was there to celebrate their big day.
6 February 2012: Again shopping hantaran at Gurney Plaza, Penang.

7 March 2012: 3rd years birthday of my Acer laptop.
10 March 2012: 4th Miki Mihara Kiera birthday! I went to Kak Aini wedding day.
14 March 2012: PRINT OUT the 10 COPIES of my MSc thesis at Sungai Dua, finally its done!
15 March 2012: Submission of 10 copies to IPS USM. Alhamdulillah!
16 March 2012: Presentation of my 2 and half years of research at Seminar School of Chemical Sciences.
17 March 2012: My last day @ USM Penang. Back to Kelantan for good! huhuhu
22 March 2012: Tempah kad kawin di My ONE Card, Jalan Pudu, KL.
25 March 2012: Pack all the goods at Penang, life is too short for my laptop. Crash under the Alza!

1 April 2012: Looking for wedding dress at KB. so excited!
14 April 2012: Kursus kawin at JAIS, Shah Alam with my iqmal. hehe

May 2012: I totally spend all days and night for my wedding preparation. Pelamin. Baju. Doorgift. Gubahan bunga. Barang hantaran. Kad kawin. Majlis dan sangat2 lah banyak lagi.

2 June 2012: Hari aku diijabkabulkan dengan Iqmal Hakimi, suamiku sehidup semati. Majlis bersanding juga pada hari yang sama. Syukur ke hadrat Ilahi.
5 June 2012: Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kuala Krai.
11 June 2012: Honeymoon at Golden Palm Tree Resort, Gold Coast Sepang. So romantic moment!
26 June 2012: Praised to ALLAH. I'm PREGNANT!

July 2012: Being as a full time housewife and mummy to be :) First Ramadhan as a wife~
23 July 2012: My MSc VIVA session at meeting room of my school. PASS with flying colour!!

August 2012: Raya pertama sebagai isteri. Sedikit sedih berjauhan dengan ummie n we.huhu

September 2012: Trimester ke 2. Banyak cabaran!
19 September 2012: Saya bergelar graduan lagi. Konvo master! Alhamdulillah.

9 October 2012: First baby movement. SubahanaAllah! Sangat2 teruja.

4 November 2012: Second honeymoon trip to KRABI. Thanks sayang!
November 2012: Mum and Dad to be. Busy with all the preparation for our baby boy. InsyaAllah.

December 2012: Trimester ke 3! Persiapan menimang cahaya mata diteruskan tanpa ragu2!

Lastly.........................................
Hari ni saya dah 29 minggu mengandung. Baby asyik bergurau2 je ngan mama die, comel sungguh! hehe Alhamdulillah...semoga semuanya berjalan lancar untuk hari hari mendatang!

Thursday, December 8, 2011

saya suke nangis?


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!