Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Friday, September 19, 2014

MENU BIRTHDAY PARTY MY HUSBAND

Meatball Homemade

Since lately susah sangat nak cari meatball kegemaran di pasaran, so i decide to try resepi yang dikongsikan di fb. 


Bahan-bahan:

1) 1/2 kg daging cincang
2) 1 biji bawang besar dipotong dadu
3) 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
4) 1 sudu makan tepung jagung
5) 2 sudu makan tepung gandum
6) 1 biji telur
7) 1 sudu kecil serbuk lada hitam
8) garam dan gula secukup rasa

Cara-cara nak sediakan:

1) Gaul daging bersama bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam, garam dan gula sehingga sebati.
2) Tambahkan telur ke dalam adunan, diikuti tepung gandum dan jagung sebagai pengikat.
3) boleh tambahkan tepung gandum sehingga adunan tadi kental dan sedia untuk di bulatkan.
4) Rehatkan daging selama 30 minit di dalam peti sejuk sebelum digoreng.



SOS Meatball IKEA:

Bahan-bahan:

1) 1 ulas bawang besar kuning (diced)
2) 1 biji tomato (diced)
3) 1/2 cawan susu segar
4) 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
5) 2 sudu tepung gandum
6) 1 cawan air
7) 2 sudu sos tiram
8) 3 sudu kicap manis
9) 1/2 sudu serbuk lada hitam
10) gula dan garam secukup rasa


Cara-caranya:
1) Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
2) Dah layu, angkat dan letak dalam pinggan.
3) Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
4) Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
5) Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
6) Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.

Monday, December 23, 2013

Chrismas Dinner MI Swaco 2013

Hye there!
At last i was happy because i have been invited by mu husband company for a dinner party. Lets prepare the dress. Weheee it is an oscar theme. I just put on my abaya with a gold shwall. It would be simple and ellegent, huhu thats all. My husband wearing a t with slack. Simple yet acceptable.

The dinner was successfully held at Renaissance Hotel, Kuala Lumpur on 20 Dis 2013. It was a simple dinner for all the staff but i really enjoy the moment. My husband was called by Scott (region manager) to participate in one of the contest. Haha they need to dance like kungfu panda. Luckly, he was the winners!! Love u dear, make me proud of him so much.

We do not bring our baby that nite since thia is our DATE hihi. He was left at home with my parents who accidently come to visit ua at shah alam. Thus, we bring him a group of ballons. Hope he will love it so much. Besides, abah able to get a gift,  room purfume from lovely lace. Hihi and i like it.

The meal was simple but acceptable even not really full. Hmm sob sobb. Then, around 10.30 pm dinner was over. That all. We took pictures and tadaaaa......


Thursday, December 19, 2013

Homemade Rainbow Playdoh

Hello dear,

Entry kali ini untuk si manje semua. Malam ni elyn ajak husband masak. Kiki masak ape plak ni kul 11 malam, hmm kami masak playdoh untuk baby al fateh! Bestnyer main masak masak kan. Teruja wewewe~

Daripada resepi yang ada kat buku, kami just follow je. Mudah n simple sangat. Jom kongsi :

Bahan bahan:

  1. 2 cawan tepung gandum 
  2. 1 cawan garam
  3. 2 cawan air
  4. 2 sudu besar minyak 
  5. 1 sudu kecil krim tartar
  6. Pewarna makanan

Caranya campur semua bahan bahan tadi dan masak di atas dapur dgn api yg kecil. Setelah masak, doh tidak melekat di periuk, sejukkan sebelum di adun bersama pewarna mengikut kesukaan korang la.


Tadaaa dah pon siap. Kami warnakan dgn warna kuning, pink, hijau dan biru. Menarik! Lepas proses, terus kasi al fateh main. Seronok die. Walaupun selesema teruk huhu yg penting die tak ketinggalan untuk belajar kan. Alhamdulillah.

Ha.. Apa lagi cubalah kat rumah ye. Playdoh ini senang dibuat, selamat untuk anak anak kita dan juga murah. Dengan adanya garam, playdoh ini secara semula jadi telah di awet dan antimikrob. So jangan risau.. Lebih2 lagi, kandungan garam dalam playdoh tu buat bayi refused untuk makan. Masiinn hihi. Tadi al fateh dah cube makan, oii masin trus xmo dah. He was learning again hihi

Ok.. That's all about playdoh. Nanti mama nak belikan alatan untuk al fateh potong potong, tekap bentuk dan lain lain. Mesti lagi exciting kan.  Love u baby!

Saturday, December 14, 2013

Temuduga Pegawai Penyelidik Q41


Interview Pegawai Penyelidik Q41

Selepas tamat belajar degree dan master, ini adalah interview kerja yang pertama dalam hidup elyn. Sebenarnya, selepas habis degree memang terus sambung master dan lepas habis master pon tak apply any kerja kecuali isi SPA je. Alhamdulillah, lepas pergi exam untuk PTD, ini lah interview yang elyn pergi. Bulan 10 lepas actually dah dipanggil untuk jawatan yang sama, tapi elyn tak pergi pon sebab belum bersedia untuk kerja. Untuk kali ini, Alhamdulillah dah terbuka pintu hati untuk pergi interview ni.

Panjang cerita, sebenarnya tarikh interview 27 nov 2013 di Pusat Temuduga SPA Kuantan. Since dah pindah Shah Alam, mintak tukar ke Putrajaya. Then dapat la new date, on 28 Nov 2013 kat Putrajaya. Tapi apa yang berlaku, malam nak interview to i was really depressed. I refused to go the interview. Sedih sangat-sangat. Elyn tak sempat nak prepare untuk interview tu, time tu rase sangat kecewa dengan diri sendiri. Dah la Mr Husband dah appy cuti untuk bawa elyn pi interview. Down sangat!

Esoknye, mintak Mr Husband call SPA, mintak tukar tarikh atas sebab sebab tertentu. Perbualan akhirnya berakhir dengan berita sedih bila diorang tak nak tolong dah tukarkan tarikh. Secara logiknya memang diorang betul pon. Elyn akur je la, mungkin ini bukan rezeki elyn.


Gmail. Tup tup esok tu saja bukak email. Surprisingly, dapat email kelulusan permohonan pertukaran tarikh interview! Bertarikh 28 Nov 2013, 6pm. Syukur pada Ilahi. Macam mimpi ader, sebab semalam Mr Husband cakap, orang SPA tu cakap memang dia xnak tolong la, siap marah marah lagi. Mungkin ini rezeki ku dtg lagi. Syukur sangat-sangat. Interview ditunda kepada 10 Disember 2013, Selasa. Lepas tu elyn pon wat la persediaan secukupnya untuk interview tersebut. Review blog, google dan borak2 from experience orang lain, terutamanya nana yang dah attend interview tu pa 28 Nov 2013. Thanks nana!

Tarikh: 10 Disember 2013
Tempat: Pusat Temuduga SPA Putrajaya
Bilik temuduga: G

Sememangnya, pengalaman ni bagus untuk dikongsi bersama sama. Elyn datang interview pukul 8 pagi. Then serahkan dokumen, dapat no bilik dan tunggu. Time tu, Al Fateh dan Mr Husband temankan, tapi diorang tak leh masuk kat dewan menunggu since Al Fateh (9 bulan hihi) kecik lagi. So tunggu la diorang kat lobi, lama jugak. Al Fateh tertidur2 kat surau, makan roti kat cafe dan main2 macam macam. Dan Elyn berborak la dengan candidates lain.

Pukul 11.30 pagi giliran Elyn dipanggil. Orang ke 7 untuk bilik tu. Lama dah tunggu sampai rase tak de perasaan. Berdebar sikit-sikit la. Hadapi dengan tenang! Dalam bilik interview ada dua orang lelaki, seorang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan seorang daripada SPA.
Antara soalan soalan yang diajukan:
  1. Apakah itu Islamic Family Management, one of the subjects in my transcript. (langsung dah lupa sebenarnya huhu)
  2. Apakah sunnah dan panduan dalam membentuk keluarga yang hebat dalam islam.
  3. How to be a good daughter/son?
  4. Apa pandangan tentang anak yang hantar orang tua mereka ke rumah orang tua?
  5. Ayat Al-Quran yang menggariskan panduan bila berhadapan dengan ibu bapa.
  6. Kenapa tak nak jadi pensyarah?
  7. Terangkan personal details.
  8. Terangkan mengenai kajian penyelidikan yang pernah dilakukan.
  9. Terangkan prinsip instruments yang elyn listkan dalam resume.
  10. Apakah itu ozone?
  11. Mengapakah minyak wangi tidak halal?
  12. What is feromon? (Langsung no idea, waaa interviewer tu yang jawabkan kiki)
  13. Soalan basic, willing to travel, able to work under stress condition & able to go outstation.

Lastly, ok siap dah.. doa la banyak2 interviewer tu cakap. Huhu actually, selama 30 minit kat dalam bilik tu rasa singkat je dan seolah oleh perbualan biasa je. Interviewer elyn tu diorang simple dan sempoi, tak buat kita rase stress dan takut. So Alhamdulillah, even banyak jugak tak dpt jawab dengan confident tapi rasa seronok dan puas hati la. Semoga ada la rezeki untuk kami sekeluarga, so that apabila elyn dapat kerja ni dapatlah menimba ilmu disamping menambahkan pendapatan keluarga dan tolong umi we kat kampong. Keputusan semakan keluar pada 10 Jan 2014, SUPRISE!

Wednesday, September 18, 2013

UJIAN daripada yang ESA

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Sayalah insan biasa yang bergelar hamba Allah SWT.
Siapalah kita untuk menolak ujian Allah SWT. Sejak akhir akhir ini aku terasa kerap diuji Allah SWT. Sedihnya menghadapi semua ini hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas bergelar isteri, inilah saat paling sukar dalam hidupku. Apa pun, aku tabahkan hati untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Masalah peribadi menghimpit diri disertai kekangan kewangan yang teruk. Membuatkan aku patah hati. Entah bila semua ini boleh berlalu pergi. Mungkin hanya masa menentukan segalanya. Biar sukar mana pun harus dilalui kerana aku perlu kuat. Lagi lagi melihat si kecil al fateh yang kian membesar. Aku senyum lihat si kecil itu, tapi kadang kadang air mata jatuh jua. Si kecil pun mengerti erti kesedihan yang melanda ibunya, setiap air mata tu, dilihatnya penuh sayu. Al fateh, maafkan mama. Al fateh anak mama yang bijak. Doakan semoga hidup kita lebih baik daripada sebelumnya. amin..

"sesungguhnya Allah tidak akan menguji sesorang hambanya melainkan untuk mengangkat martabatnya"

Thursday, September 12, 2013

Homestay KUBANG KERIAN, Kota Bharu Kelantan

Homestay KUBANG KERIAN adalah sebuah bunglo yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Homestay Kubang Kerian menjanjikan penginapan ekonomi yang selesa dan sesuai untuk penginap berkeluarga atau rombongan. Homestay KUBANG KERIAN sesuai untuk percutian keluarga, persinggahan majlis perkahwinan, persinggahan majlis konvokesyen, kerja luar dan lain-lain. Kami juga mengalukan penginapan untuk majlis perkahwinan.

 
Homestay KUBANG KERIAN, Kota Bharu Kelantan

Homestay KUBANG KERIAN ialah sebuah banglo dilengkapi:
  • 1 bilik tidur utama (aircond+bilik air)
  • 3 bilik tidur biasa (kipas)
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu yang luas dilengkapi televisyen
  • Ruang makan yang dilengkapi meja makan untuk 8 orang
  • Dapur yang luas dan selesa dilengkapi dapur, pinggan mangkuk, gelas dan peralatan memasak yang lain
  • Ruang menggosok pakaian (seterika disediakan)
  • Halaman letak kereta yang luas dan berpagar
  • Lokasinya di tepi jalan utama dilengkapi lampu jalan bagi menjamin keselamatan penginap

LOKASI Homestay KUBANG KERIAN:
  • Bandar Kota Bharu (Pasar Siti Khatijah, Bazar Tok Guru, Muzium Perang dan lain-lain) (7 km)
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) (2 km)
  • Pasar Borong Wakaf Che Yeh (7 km)
  • Pulau Melaka (Rumah Tok Guru Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan) (7km)
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa (15 km)
  • PUSAT Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) (12 km)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Cawangan Kota Bharu (10 km)
  • Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKKB) (13 km)
  • MRSM Pasir Tumboh (5 km)
  • MRSM Pengkalan Chepa (13 km)
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (13 km)

Kemudahan terdekat (kurang daripada 3 km):
  • Pasaraya Mydin
  • Pasaraya Nirwana
  • Jakel Kubang Kerian
  • KFC 24 jam, Pizza Hut, Secret Recipe, Tutti Frutti, Radix FC dan pelbagai gerai makanan Kelantan.
  • Bank Maybank, Bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain.

Pantai Terdekat:
  • Pantai Sabak(15 km)
  • Pantai Irama Bachok (18 km)
  • Pantai Cahaya Bulan (20 km)

KADAR SEWA HARIAN:

Sebuah bunglo:
RM 150 – RM 220 semalam bergantung kepada tempoh penginapan.
Harga boleh runding lagi berdasarkan makin lama menginap makin murah
(1 malam - RM 220, 2 malam - RM 400 & 3 malam - RM 600).
Untuk penginapan lebih daripada 3 hari, setiap tambahan malam di cas RM 150 sahaja.

Sewa bilik:
RM 60 – RM 90 semalam bergantung kepada jenis bilik.
Bilik utama (aircond & bilik air) – RM 90 semalam
Bilik biasa (kipas) – RM60 semalam

*Harga masih boleh dirunding

UNTUK TEMPAHAN Homestay KUBANG KERIAN:
Sila hubungi kami dengan segera:
  • Puan Amira (013-3564628)
  • Encik Wan Adnan (019-9155259)

Friday, June 14, 2013

Prepost: HOMESTAY KUBANG KERIAN

Jom menginap di Homestay Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.