Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Wednesday, September 18, 2013

UJIAN daripada yang ESA

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Sayalah insan biasa yang bergelar hamba Allah SWT.
Siapalah kita untuk menolak ujian Allah SWT. Sejak akhir akhir ini aku terasa kerap diuji Allah SWT. Sedihnya menghadapi semua ini hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas bergelar isteri, inilah saat paling sukar dalam hidupku. Apa pun, aku tabahkan hati untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Masalah peribadi menghimpit diri disertai kekangan kewangan yang teruk. Membuatkan aku patah hati. Entah bila semua ini boleh berlalu pergi. Mungkin hanya masa menentukan segalanya. Biar sukar mana pun harus dilalui kerana aku perlu kuat. Lagi lagi melihat si kecil al fateh yang kian membesar. Aku senyum lihat si kecil itu, tapi kadang kadang air mata jatuh jua. Si kecil pun mengerti erti kesedihan yang melanda ibunya, setiap air mata tu, dilihatnya penuh sayu. Al fateh, maafkan mama. Al fateh anak mama yang bijak. Doakan semoga hidup kita lebih baik daripada sebelumnya. amin..

"sesungguhnya Allah tidak akan menguji sesorang hambanya melainkan untuk mengangkat martabatnya"

Thursday, September 12, 2013

Homestay KUBANG KERIAN, Kota Bharu Kelantan

Homestay KUBANG KERIAN adalah sebuah bunglo yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Homestay Kubang Kerian menjanjikan penginapan ekonomi yang selesa dan sesuai untuk penginap berkeluarga atau rombongan. Homestay KUBANG KERIAN sesuai untuk percutian keluarga, persinggahan majlis perkahwinan, persinggahan majlis konvokesyen, kerja luar dan lain-lain. Kami juga mengalukan penginapan untuk majlis perkahwinan.

 
Homestay KUBANG KERIAN, Kota Bharu Kelantan

Homestay KUBANG KERIAN ialah sebuah banglo dilengkapi:
  • 1 bilik tidur utama (aircond+bilik air)
  • 3 bilik tidur biasa (kipas)
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu yang luas dilengkapi televisyen
  • Ruang makan yang dilengkapi meja makan untuk 8 orang
  • Dapur yang luas dan selesa dilengkapi dapur, pinggan mangkuk, gelas dan peralatan memasak yang lain
  • Ruang menggosok pakaian (seterika disediakan)
  • Halaman letak kereta yang luas dan berpagar
  • Lokasinya di tepi jalan utama dilengkapi lampu jalan bagi menjamin keselamatan penginap

LOKASI Homestay KUBANG KERIAN:
  • Bandar Kota Bharu (Pasar Siti Khatijah, Bazar Tok Guru, Muzium Perang dan lain-lain) (7 km)
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) (2 km)
  • Pasar Borong Wakaf Che Yeh (7 km)
  • Pulau Melaka (Rumah Tok Guru Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan) (7km)
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa (15 km)
  • PUSAT Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) (12 km)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Cawangan Kota Bharu (10 km)
  • Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKKB) (13 km)
  • MRSM Pasir Tumboh (5 km)
  • MRSM Pengkalan Chepa (13 km)
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (13 km)

Kemudahan terdekat (kurang daripada 3 km):
  • Pasaraya Mydin
  • Pasaraya Nirwana
  • Jakel Kubang Kerian
  • KFC 24 jam, Pizza Hut, Secret Recipe, Tutti Frutti, Radix FC dan pelbagai gerai makanan Kelantan.
  • Bank Maybank, Bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain.

Pantai Terdekat:
  • Pantai Sabak(15 km)
  • Pantai Irama Bachok (18 km)
  • Pantai Cahaya Bulan (20 km)

KADAR SEWA HARIAN:

Sebuah bunglo:
RM 150 – RM 220 semalam bergantung kepada tempoh penginapan.
Harga boleh runding lagi berdasarkan makin lama menginap makin murah
(1 malam - RM 220, 2 malam - RM 400 & 3 malam - RM 600).
Untuk penginapan lebih daripada 3 hari, setiap tambahan malam di cas RM 150 sahaja.

Sewa bilik:
RM 60 – RM 90 semalam bergantung kepada jenis bilik.
Bilik utama (aircond & bilik air) – RM 90 semalam
Bilik biasa (kipas) – RM60 semalam

*Harga masih boleh dirunding

UNTUK TEMPAHAN Homestay KUBANG KERIAN:
Sila hubungi kami dengan segera:
  • Puan Amira (013-3564628)
  • Encik Wan Adnan (019-9155259)