Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Wednesday, September 18, 2013

UJIAN daripada yang ESA

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Sayalah insan biasa yang bergelar hamba Allah SWT.
Siapalah kita untuk menolak ujian Allah SWT. Sejak akhir akhir ini aku terasa kerap diuji Allah SWT. Sedihnya menghadapi semua ini hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas bergelar isteri, inilah saat paling sukar dalam hidupku. Apa pun, aku tabahkan hati untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Masalah peribadi menghimpit diri disertai kekangan kewangan yang teruk. Membuatkan aku patah hati. Entah bila semua ini boleh berlalu pergi. Mungkin hanya masa menentukan segalanya. Biar sukar mana pun harus dilalui kerana aku perlu kuat. Lagi lagi melihat si kecil al fateh yang kian membesar. Aku senyum lihat si kecil itu, tapi kadang kadang air mata jatuh jua. Si kecil pun mengerti erti kesedihan yang melanda ibunya, setiap air mata tu, dilihatnya penuh sayu. Al fateh, maafkan mama. Al fateh anak mama yang bijak. Doakan semoga hidup kita lebih baik daripada sebelumnya. amin..

"sesungguhnya Allah tidak akan menguji sesorang hambanya melainkan untuk mengangkat martabatnya"

No comments:

Post a Comment