Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Thursday, December 8, 2011

saya suke nangis?


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Tuesday, November 22, 2011

lanjutan tajaan biasiswa NSF



Assalamualaikum.
Bermula daripada hari ini, tak perlu lah aku nak risau-risau kan lagi masalah kewangan yang bakal menimpa diriku akan datang. Alhamdulillah. Ape pun thanks to Kak Zati :)
Nasib baik kak zati habaq boleh apply for extension ni. Hurrey!
Dalam dilema yang melanda. Nak cari kerje la. nak tulis artikel la.
dan macam-macam termasuk nak paw duit we. hehe akhirnya..idea kak zati memberikan aku selangkah lebih bijak mencari jalan penyelesaian!

Email to: mrizal@mosti.gov.my
Subjek: permohonan pelanjutan biasiswa NSF
Email direply:
Pihak Urusetia telah maklum mengenai masalah saudari untuk memohon pelanjutan tajaan NSF tersebut. Saudari dikhendaki untuk melengkapkan Borang Pelanjutan yang telah dilampirkan untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat HCD. Sila berbuat demikian dalam kadar segera .


Seronok nak nangis ader. mcm tak caye dpt extend lagi hoho
berofe ni tak pernah plak tengok member2 wat extension, ingatkan tak boleh.
So aku terus lah print borang yang dialampirkan..


Antara dokumen2 yang dikehendaki:
1) Borang Permohonan rasmi
2) Surat kebenaran IPS
3) Penulisan tesis (sekurang-kurangnya 3 bab)
4) Gantt Chart bagi tempoh pelanjutan
5) Laporan kemajuan penyelidikan 


Disebabkan Dr Afidah tak de, so aku tak leh nak siapkan dokumen tu this week.
Next week IA akan diPos ke MOSti.Thanks MOSTI. Semoga permohonan ini diluluskan dalam mesyuarat akan datang. 
Pray for me!

Saturday, November 19, 2011

roti berperise jagung.


ternampak kat atas meje kak marina.
sebungkus roti berperisa jagung.
aaa terus ngidam! cari-cari kat cafe tak de.
huu cari kat seven eleven pon tak de.
hampa..nasib baik mimpi mlm tu tak mkn roti berperisa jagung.
hehe finally berjaya beli kat sg dua.
sekali beli terus 3 bungkus!

x.o.x.o
tanpa ku sedari, aku telah suke makan roti berperisa jagung.
yang dulunya aku sangat tak suke, sampaikan pelik bile tengok ada ornag beli roti berperise jangung ni.
uniknye selera aku!

Friday, November 18, 2011

Sejarah Elyn & Tulip

suatu masa dulu, saya adalah budak sekolah. sekolah kecik je. tapi hebat. sebagai budak sekolah kene la wat nota. nota sejarah. nota geografi. nota agama. nota kemahiran hidup. nota sains. banyak sangat buku nota! lenguh tangan nak nulis. hehe ni la kehidupan zaman sekolah menengah. ape boleh buat demi 10% carry mark. kene la pulun wat comel-comel. padahal saya memang suke wat nota.hehe secute yang mungkin! secolourful yang boleh la.
waa..sakan duk nulis nota ni, ape lagi yang paling bosan. nak fikir ape yang nak reka untuk dijadikan sebagai "bullet" hehe bukan microsoft word je ade bullet. rasenye sume pelajar pon akan buh bullet untuk point-point dalam nota diorang hee..Dulu zaman sekolah-sekolah kakak saya adalah idola la. sekali sekala balik umah, jenguk buku nota ke diari die ke. haha tengok die wat bullet bunga rose! cantik kot. ape lagi segera lah menggayakan bullet tu kat dalam buku nota. nanti ader yang tiru. :P
then, saya mendapat idea baru! 
TULIP flower. Sejak dari situ, tulip la jadi bullet kegemaran saya. tulip menjadi treed mark kepada saya kat sekolah. sampai diorang panggil "tulip elyn". hehe sebabnye, saya selalu lukis tulip tu di mana saja nama saya tertulis. saya sangat suka kan tulip. tulip memberikan semangat dan motivasi untuk saya. so tulip digambarkan sebagai diri saya sendiri. rasanya ramai yang akan kenali saya bersama tulip saya. Elyn and Tulip!
sampai sekarang, tulip adalah lambang kehidupan dan memori-memori saya. impian saya nak tengok tulip depan mata. oohohoho.. bilalah akan sampai impian ni. InsyaAllah.
Tulips!

what is ELYNKZ

Elynkz!
Ramai teman teman. ader jugak cikgu hehe yang tanye ape maksud disebalik nama Elynkz tu.
Pelik bagi orang yang tak tahu. Mungkin buat ramai orang tertanye-tanye. Ada yang berani tanye, ader yang mungkin tak ambik kisah pon. 


Sebagai jawapan nye, Elynkz membawa maksud:
tiada apa-apa maksud tersurat or tersirat pon.
cuma sebagai penyedap rase bile menulis nama sendiri.
hehe, simple kan!

Nama Elynkz ni dah lama dalam kamus elyn sendiri.

Sejak dari sekolah, form 1. tahun 2000..dah hampir 11 tahun!
Elynkz dan sangat sangat sinonim dah dengan diri elyn dan siape je yang kenal elyn. 

Erm, membawa banyak kenangan hehe
ade kawan2 yang teka nama-nama scandle elyn lah. macam2.
ade kene marah ngan cikgu la, pandai2 tukar nama. 


The way to pronouce?
Dulu-dulu kat sekolah n matrik kawan-kawan panggil : Elyn.K.Z
Tapi bila dah masuk U ni.. ader la macam-macam bunyi didengar.
Elyn.Ke.Zek la
Elyn.K.ZZZ la

Apepun, nama tu boleh dikatakan telah tersemat sebagai nick name elyn
dalam ingatan semua teman-teman yang pernah kenal elyn.
Thanks!


Elyn@Elynkz!

saya sedang rindu

rindu sangat sama:

umie saya azizon abdullah
we saya wan adnan
kak saya wan ezie adila
kak cik saya wan ezatul aisyah
epa saya wan ezaty arifa
kak nik saya wan ezyan alyani
afiq saya wan muhammad afiq

juga rindu pada:
tunang saya iqmal hakimi
kawan saya dulu-dulu.

huhu~
bawalah mereka ke dalam mimpi ku.
see u soo darlings!

Mayer Test

Mayer test is a simple test to indicate the presence of alkaloids in plant material.For almost two years doing my Msc. I don't get a positive result for this test until today. What was lucky I'm to finally succed!

Mayer test step:

1) weight 20g dried plant materials
2) wet the plant materials with 25% ammonia solution (smelly!)
3) let it for 15-30 minutes
4) add solvent 200mL such as dichloromethane or chloroform
5) heat it for 15 minutes
6) filter the solvent and evaporate it using rotary evaporator (rotavap)
7) residue plant extract add with 5% hydrochloric acids
8) add MAYER reagent
9) positive test : creamy precipitate!
10) take a photo as the evidence of your founding.

That's all. I'm so happy today :)

Wednesday, November 16, 2011

Kenapa saya pilih awak.


Menjawab soalan diatas, secara jujurnya saya betul-betul menyayangi awak sepenuh hati saya.
Dari hari kite mengakui perhubungan kite, ke hari ini. Pada asalnya, perhubungan yang di bina atas dasar persahabatan yang utuh berakhir dengan ikatan pertunangan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Secara umumnya mengenali Iqmal Hakimi di bangku sekolah, mrsm pasir tumbuh pada tahun 2000. Hampir 11 tahun. Inilah antara kunci kekuatan perhubungan ini, bagi saya penting untuk mengenali siapa pasangan kita. Sukar rasanya menerima seseorang yang baru dikenali dlm hidup ni, terutamanya melibatkan hati dan perasaan. Dari awal, saya cukup kagum dengan nya. Memiliki sifat yang bersahaja dan baik dimata semua orang. Menghormati orang tua. Sebagai pemimpin, sesungguhnya sifat kepimpinannya terserlah membuatkan saya senang dengannya. Jauh disudut hati, bersyukur mempunyai kawan sepertinya.

Kebijaksanaanya dikagumi. Antara pelajar cemerlang di sekolah. Kita memandang orang yang pandai itu hebat, sama lah juga saya. Kejayaan biasanya membawa kepada masa depan yang cerah. Alhamdulillah, berkat doa semua, dia boleh dikatakan berjaya dalam mengejar cita-citanya. Cita-cita besar menjadi jurutera kepada syarikat terkemuka dalam bidang petroleum dan gas di dunia mungkin hampir tercapai. Saya doakan kejayaan dalam kerjayanya.

Sebagai perempuan, saya memilih seorang pasangan yang mampu menjamin masa depan saya dan bakal anak-anak saya. Seorang yang berpandangan jauh, bijaksana, pengurus kewangan yang baik, mampu memimpin kami sekeluarga. Inilah tunang saya.

Paling utama, seperti mana ditekankan dalam agama kita. Memilih pasangan berdasarkan pegangan agamanya. InsyaAllah, dia mampu memimpin saya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Seadanya saya menerima dia.

Banyak pengorbanan dan perubahan yang dilakukan untuk mempertahankan hubungan ini. Syukur dikurniakan pasangan yang memahami saya. Semuanya bukti cintanya untuk saya. Saya amat menghargai apa saja usaha nya menjaga hubungan ini. Cintailah orang yang mencintai kamu. Hargailah orang yang menghargai kamu.

Dia bukan perokok. Sungguh saya benci perokok. Alhamdulillah J

Terlalu banyak untuk diungkapkan kenapa saya pilih dia, tapi kadang-kadang tiada sebab untuk mencintai seseorang. Semuanya perasaan yang menentukannya. Semoga hubungan ini berakhir di jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat. Hampir 4 tahun, akhirnya berakhir dengan petunangan. InsyaAllah, jika dipanjangkan jodoh, selamanya bersama. Amin.  

Love you Iqmalhakimi. 

Friday, October 21, 2011

Buku Thesis Master

Chapter 1: finised!
Chapter 2: half way done!
Chapter 3:on the way ~~

Chapter 1
Menceritakan tentang pendahuluan kepada kajian saya.
Daripada asal usul pokok Xylopia, teori teori eksperimen.
Last sekali ader objective kajian.
Hampir sebulan bekerja menyiapkan nya. huhu
Dengan mood raya nye siapkan Chapter 1 untuk dapat balik cuti raye!!

Chapter 2
Bagaimana nak buat kajian kalau tak de Chapter ni.
hehe basically, sume eksperimen yang dibuat ikut metod kat sini la.
Agak-agaknye, kalau salah la metod, salah la sume kajian. 
Penting sebenarnya Chapter 2! Tapi sangat simple.
Dalam masa seminggu dah dapat disiapkan dah..

Chapter 3
So ape gune ader result kalau tak de Chapter 3?
Kite akan masukkan segala dapatan kajian 
dan bincang sok sek sok sek bagai-bagai dalam Chapter 3.
Kritikal la kirenya Chapter 3, if tak faham konsep memang tak leh tulis!
Huhahuha..Akhirnya, berbekalkan published paper saya.
Saya cume perbaiki lagi perbincangan yg diterangkan.
Bagi nampak panjanggggggggggggg~ haha 
Banyak yg telah disiapkan,
tapi banyak lagi kelemahan yang mesti diperbaiki.
Go go elyn! Harapnya sebelum Raya haji ni, dapat submit untuk Dr periksa.
Amin.

Next Chapter will come next!

Thursday, October 20, 2011

february versus september?

she::
FEBRUARY=THUG
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone.A real speed demon. Has more than one best friend. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.



he::
SEPTEMBER=IMP
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn’t pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fullfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.

my text book

Text Book saya dilancarkan pada 20.10.2011 hari khamis.
nice date hopefully nice starting for me.
so, Text Book ini akan menceritakan tentang perjalanan hidup saya.
mungkin pasal family, student life, education, teman-teman, relationship and bla bla.
boleh jadi ape ape dan bila bila je saya akan post.


dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim <3