Buku teks elynkz

saya simple wan elyn amira wan adnan.
mostly known as elyn.
pronounce as " e-lyn " or " i-lyn " by my friends.
famous name elynkz hihihi..
home name. kak ngoh, versi kelate.
just a few people called me as wan @ amira~

Wednesday, November 16, 2011

Kenapa saya pilih awak.


Menjawab soalan diatas, secara jujurnya saya betul-betul menyayangi awak sepenuh hati saya.
Dari hari kite mengakui perhubungan kite, ke hari ini. Pada asalnya, perhubungan yang di bina atas dasar persahabatan yang utuh berakhir dengan ikatan pertunangan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Secara umumnya mengenali Iqmal Hakimi di bangku sekolah, mrsm pasir tumbuh pada tahun 2000. Hampir 11 tahun. Inilah antara kunci kekuatan perhubungan ini, bagi saya penting untuk mengenali siapa pasangan kita. Sukar rasanya menerima seseorang yang baru dikenali dlm hidup ni, terutamanya melibatkan hati dan perasaan. Dari awal, saya cukup kagum dengan nya. Memiliki sifat yang bersahaja dan baik dimata semua orang. Menghormati orang tua. Sebagai pemimpin, sesungguhnya sifat kepimpinannya terserlah membuatkan saya senang dengannya. Jauh disudut hati, bersyukur mempunyai kawan sepertinya.

Kebijaksanaanya dikagumi. Antara pelajar cemerlang di sekolah. Kita memandang orang yang pandai itu hebat, sama lah juga saya. Kejayaan biasanya membawa kepada masa depan yang cerah. Alhamdulillah, berkat doa semua, dia boleh dikatakan berjaya dalam mengejar cita-citanya. Cita-cita besar menjadi jurutera kepada syarikat terkemuka dalam bidang petroleum dan gas di dunia mungkin hampir tercapai. Saya doakan kejayaan dalam kerjayanya.

Sebagai perempuan, saya memilih seorang pasangan yang mampu menjamin masa depan saya dan bakal anak-anak saya. Seorang yang berpandangan jauh, bijaksana, pengurus kewangan yang baik, mampu memimpin kami sekeluarga. Inilah tunang saya.

Paling utama, seperti mana ditekankan dalam agama kita. Memilih pasangan berdasarkan pegangan agamanya. InsyaAllah, dia mampu memimpin saya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Seadanya saya menerima dia.

Banyak pengorbanan dan perubahan yang dilakukan untuk mempertahankan hubungan ini. Syukur dikurniakan pasangan yang memahami saya. Semuanya bukti cintanya untuk saya. Saya amat menghargai apa saja usaha nya menjaga hubungan ini. Cintailah orang yang mencintai kamu. Hargailah orang yang menghargai kamu.

Dia bukan perokok. Sungguh saya benci perokok. Alhamdulillah J

Terlalu banyak untuk diungkapkan kenapa saya pilih dia, tapi kadang-kadang tiada sebab untuk mencintai seseorang. Semuanya perasaan yang menentukannya. Semoga hubungan ini berakhir di jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat. Hampir 4 tahun, akhirnya berakhir dengan petunangan. InsyaAllah, jika dipanjangkan jodoh, selamanya bersama. Amin.  

Love you Iqmalhakimi. 

No comments:

Post a Comment