Interview Pegawai Penyelidik Q41
Selepas tamat belajar degree dan master, ini adalah
interview kerja yang pertama dalam hidup elyn. Sebenarnya, selepas habis degree
memang terus sambung master dan lepas habis master pon tak apply any kerja
kecuali isi SPA je. Alhamdulillah, lepas pergi exam untuk PTD, ini lah
interview yang elyn pergi. Bulan 10 lepas actually dah dipanggil untuk jawatan
yang sama, tapi elyn tak pergi pon sebab belum bersedia untuk kerja. Untuk kali
ini, Alhamdulillah dah terbuka pintu hati untuk pergi interview ni.
Panjang cerita, sebenarnya tarikh interview 27 nov 2013 di
Pusat Temuduga SPA Kuantan. Since dah pindah Shah Alam, mintak tukar ke
Putrajaya. Then dapat la new date, on 28 Nov 2013 kat Putrajaya. Tapi apa yang
berlaku, malam nak interview to i was really depressed. I refused to go the
interview. Sedih sangat-sangat. Elyn tak sempat nak prepare untuk interview tu,
time tu rase sangat kecewa dengan diri sendiri. Dah la Mr Husband dah appy cuti
untuk bawa elyn pi interview. Down sangat!
Esoknye, mintak Mr Husband call SPA, mintak tukar tarikh
atas sebab sebab tertentu. Perbualan akhirnya berakhir dengan berita sedih bila
diorang tak nak tolong dah tukarkan tarikh. Secara logiknya memang diorang
betul pon. Elyn akur je la, mungkin ini bukan rezeki elyn.
Gmail. Tup tup esok tu saja bukak email. Surprisingly, dapat
email kelulusan permohonan pertukaran tarikh interview! Bertarikh 28 Nov 2013,
6pm. Syukur pada Ilahi. Macam mimpi ader, sebab semalam Mr Husband cakap, orang
SPA tu cakap memang dia xnak tolong la, siap marah marah lagi. Mungkin ini
rezeki ku dtg lagi. Syukur sangat-sangat. Interview ditunda kepada 10 Disember
2013, Selasa. Lepas tu elyn pon wat la persediaan secukupnya untuk interview
tersebut. Review blog, google dan borak2
from experience orang lain, terutamanya nana yang dah attend interview tu pa 28
Nov 2013. Thanks nana!
Tarikh: 10 Disember 2013
Tempat: Pusat Temuduga SPA Putrajaya
Bilik temuduga: G
Sememangnya, pengalaman ni bagus untuk dikongsi bersama
sama. Elyn datang interview pukul 8 pagi. Then serahkan dokumen, dapat no bilik
dan tunggu. Time tu, Al Fateh dan Mr Husband temankan, tapi diorang tak leh
masuk kat dewan menunggu since Al Fateh (9 bulan hihi) kecik lagi. So tunggu la diorang kat
lobi, lama jugak. Al Fateh tertidur2 kat surau, makan roti kat cafe dan main2
macam macam. Dan Elyn berborak la dengan candidates lain.
Pukul 11.30 pagi giliran Elyn dipanggil. Orang ke 7 untuk
bilik tu. Lama dah tunggu sampai rase tak de perasaan. Berdebar sikit-sikit la.
Hadapi dengan tenang! Dalam bilik interview ada dua orang lelaki, seorang
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan seorang daripada SPA.
Antara soalan soalan yang diajukan:
- Apakah itu Islamic Family Management, one of the subjects in my transcript. (langsung dah lupa sebenarnya huhu)
- Apakah sunnah dan panduan dalam membentuk keluarga yang hebat dalam islam.
- How to be a good daughter/son?
- Apa pandangan tentang anak yang hantar orang tua mereka ke rumah orang tua?
- Ayat Al-Quran yang menggariskan panduan bila berhadapan dengan ibu bapa.
- Kenapa tak nak jadi pensyarah?
- Terangkan personal details.
- Terangkan mengenai kajian penyelidikan yang pernah dilakukan.
- Terangkan prinsip instruments yang elyn listkan dalam resume.
- Apakah itu ozone?
- Mengapakah minyak wangi tidak halal?
- What is feromon? (Langsung no idea, waaa interviewer tu yang jawabkan kiki)
- Soalan basic, willing to travel, able to work under stress condition & able to go outstation.
Lastly, ok siap dah.. doa la banyak2 interviewer tu cakap.
Huhu actually, selama 30 minit kat dalam bilik tu rasa singkat je dan seolah
oleh perbualan biasa je. Interviewer elyn tu diorang simple dan sempoi, tak
buat kita rase stress dan takut. So Alhamdulillah, even banyak jugak tak dpt
jawab dengan confident tapi rasa seronok dan puas hati la. Semoga ada la rezeki
untuk kami sekeluarga, so that apabila elyn dapat kerja ni dapatlah menimba
ilmu disamping menambahkan pendapatan keluarga dan tolong umi we kat kampong. Keputusan semakan keluar pada 10 Jan 2014,
SUPRISE!
No comments:
Post a Comment