Sudah dua tahun lebih aku mendirikan rumah tangga, bergear isteri dan hampir setahun setengah menjadi seorang ibu kepada seorang cahaya mata, ia benar benar mengajar aku menjadi seorang dewasa. Sebuah perkahwinan tanpa persediaan mental dan fizikal akan melahirkan sebuah rumah tangga yang kosong dan suram. Bukan senang bergelar isteri, dan bukan senang bergelar IBU. Aku banyak melalui hari hari sukar meskipun banyak jua kegembiraan dalam menjadi insan bergelar isteri dan ibu. Sukar untuk aku percaya, keluarga mana yang sentiasa bahagia selamanya, pasti ada pasng surutnya.
Seawal usia kandungan sebulan, ibu ini sibuk membaca dan mencari pelbagai maklumat tambahan untuk persediaan sebagai seorang ibu. Membuat pemeriksaan kesihatan secara konsisten, mendapatkan khidmat Dr yang terbaik untuk kandungan dan diri, mengambil pelbagai makanan tambahan untuk memberikan yang terbaik untuk si kecil. Bersama-sama bakal ayah, doa dibibir tak pernah lekang, zikir zikir dan ayat ayat suci al quran peneman setiap masa. Dalam kereta, kami bertekad tiada radio memutar lagu lagu, hanya alunan zikir dan al quran sentiasa, agar si kecil sentiasa terbiasa dengan indahnya Islam. Doaku pada Yang Esa sentiasa memohon dikurniakan seorang anak yang soleh, ihat dan sempurna sepangjang mengandungkan anakku.
"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan selamatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyebuhan-Mu, penyembuhan yang tidak minggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlahdia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlahdia dariperutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Tuhan semesta alam."
Sepanjang mengandungkan anakku, aku bertuah tiada alahan teruk seperti pening dan muntah. Tapi pada usia kandungan tiga bulan, alahan kulit agak teruk. Ketidakselesaan yang nyata menjejaskan emosi aku jugak sedikit sebanyak. Hampir 4 bulan alahan itu menganggu aku. Selepas menjangkau usia kandungan 7 bulan, jelas anak yang semkin membesar memenuhi rahimku. Berat setiap lagkah dan pergerakan, terutamanya dalam solatku. Tunduk, duduk dan bangun terasa sukar. Alhamdulillah, aku cukupkan semua puasa dan solatku dengan sempurna. Di akhir semester kandungan adalah bulan Ramadhan, aku berjaya puasa sebulan buat pertama kali dalam hidupku..Indahnya kehamilan!
Sebulan terakhir, adalah saat saat sukar aku lalui apabila kaki mengembang serius. Keletihan menjangkau tahap tertinggi, cepat penat dan mengah. Namun si ibu ini gigih gagahkan diri. Makan sedikit, perut dah penuh, setiap masa ke tandas, malam malam 4, 5 kali bangun ke tandas. Dalam pergerakan yang terbatas, rasa susah. Namun, apabila terkenangkan anak yang kecil, bergerak gerak di dalam, terus senyum! Menunggu saat kelahiran adalah sesuatu yang mendebarkan, siang malam terfikir macam macam, hanya doa kepadaNya agar segalanya dipermudahkan. Cepatlah anakku keluar~
Tanggal 22 Februari 2013, air ketubanku pecah jam 530 pagi. Masih berdoa, inilah masa yang bakal menjadikan aku benar benar seorang ibu. Takut! Jam 1100 pagi tiba di KBMC, dan dimasukkan ke labour room. Merasakan sakit sakit yang sedikit. Masih bertahan pada kontraksi 15 minit sekali. Aku dibius tulang belakang jam 100 tengah hari, pada hari Jumaat. Menunggu tanpa rasa sakit, aku berdoa dan terus berdoa. Jam 530 ptg, bukaan hampir 9 cm. Suamiku belum tiba, masih dalam perjalanan pulang dari Kuantan. Dr menunggu suamiku tiba, jam 600 ptg, aku mencuba untuk melahirkan anakku. Ditemani suami, suasana getir bertambah bersemangat. Kesakitan dapat dirasakan saat kelahiran, hampir 20 minit. Akhirnya, si kecil berjaya dilahirkan dengan selamat walaupun dah biru. Pertama kali yang terlintas difikiranku semasa kali pertama melihatnya;
"Runcingnya jari anakku"
Penat sangat, hampir kosong tenaga yang ada. Tapi aku berjaya, aku bangga dan bersyukur Allah permudahkan proses kelahiran anakku. Selepas sehari, kami dibenarkan pulang ke rumah. IBUku dirumah, menyediakan segala macam persiapan untuk kami. Berpantang di sisi ibu sendiri adalah yang terbaik.
to be continue......
No comments:
Post a Comment